Unit Bius ataupun Unit Dewan Bedah adalah unit sokongan yang terletak di bahagian bawah bersebelahan dengan Wad Melor 3 dan Unit X-ray. Unit ini hanya mempunyai 2 buah bilik bedah sahaja dan tiada bilik pemulihan.
Memberi Perkhidmatan seperti berikut:-
- Anesthetik (Pre/Intra/Post-op-care)
- Pembedahan (Curative/Radical/Diagnostic Surgeries)
Kategori pembedahan ialah Pembedahan Am, Obstetrik dan Ginekologi, Opthalmologi, ENT, Ortopedik dan Urosurgeri (contoh:Berkhatan). Pembedahan Opthalmology, ENT dan Orthopedik dilakukan oleh pakar-pakar yang datang melawat pada hari/waktu yang telah ditetapkan.