KLINIK MATA PREMIER
- Memberikan perkhidmatan pemeriksaan mata primer kepada pesakit seperti konjuktivitis, kecederaan mata yang tidak serius, mata kering dan sebagainya.
- Menjalankan pemeriksaan kepada kanak-kanak sekolah yang dirujuk oleh anggota perkhidmatan kesihatan sekolah (school health service).
- Melakukan pemeriksaan refraksi kepada pesakit yang mempunyai ralat refraksi.
- Menjalankan pemeriksaan saringan funduskopi untuk pesakit diabetis yang dirujuk oleh Klinik diabetik.
- Menjalankan pemeriksaan bagi kes-kes yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan dari Sri Aman dan Betong.
- Merujuk pesakit terus ke Klinik Pakar Mata Hospital Umum Sarawak sekiranya memerlukan rawatan segera dari pakar.
- Merujuk pesakit melalui temujanji ketika lawatan pakar oftalmologi setiap bulan sekiranya tidak memerlukan rawatna segera.
KLINIK KATA SENTUH
- Menjalankan pemeriksaan kanta sentuh bagi pesakit yang memerlukan kanta sentuh khas seperti bagi kes albinisme, keratokonus, kawalan myopia dan sebagainya.
- Memberikan preskripsi kanta sentuh berdasarkan kesesuaian dan keperluan pesakit.
- Menjalankan pemeriksaan ulangan atau tahunan bagi pemakai kanta sentuh biasa.
KLINIK PENGLIHATAN BINOKULAR
- Menjalankan pemeriksaan bagi pesakit yang menghadapi masalah fungsi 2 mata seperti menumpu (convergence), penglihatan berganda (diplopia), mata malas (ambliopia) dan sebagainya.
- Memberikan rawatan berdasarkan diagnosis pesakit samaada secara latihan ortoptik, preskripsi cermin mata prisma atau dirujuk untuk pembedahan.
KLINIK PENGLIHATAN TERHAD (LOW VERSION)
- Menjalankan pemeriksaan bagi pesakit penglihatan terhad yang tidak boleh dipulihkan atau dirawat lagi yang dirujuk oleh pakar oftalmologi.
- Memberikan preskripsi alat bantuan penglihatan optikal dan bukan optikal.
- Merujuk pesakit untuk mendapatkan bantuan kebajikan kepada pihak-pihak tertentu atau penempatan khas bagi pelajar sekolah.
KLINIK OPTOMETRI PEDIATRIK
- Menjalankan pemeriksaan visual khas untuk pesakit pediatrik yang mempunyai masalah seperti Sindrom Down, masalah pembelajaran seperti dyslexia, ADHD untuk mengenalpasti kaitan masalah tersebut dengan masalah fungsi visual
- Merawat pesakit berdasarkan masalah yang dikenalpasti seperti preskripsi alat bantu penglihatan dan terapi visual.
TUGAS-TUGAS LAIN
- Menjalankan pemeriksaan Pra-pembedahan kepada pesakit yang mempunyai masalah katarak seperti pemeriksaan refraksi, pengukuran kelengkungan kornea dan A-Scan.
- Membantu pasukan dari Klinik Pakar Mata Hospital Umum Sarawak menjalankan pemeriksaan saringan dan pra-pembedahan di bahagian-bahagian lain semasa kempen katarak dan program-program anjuran NGO.
- Terlibat memberi ceramah dalam program-program anjuran Hospital Sri Aman dan Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman.