SENARAI AHLI-AHLI LEMBAGA PELAWAT 2017 DALAM PROSES MENUNGGU PERLANTIKAN DARIPADA YB MENTERI KESIHATAN.
POLISI LEMBAGA PELAWAT
- Lembaga Pelawat terdiri daripada ahli–ahli yang dilantik oleh Menteri Kesihatan Malaysia mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Lembaga Pelawat Hospital berfungsi selaras dengan Garis Panduan Kementerian Kesihatan Malaysia dan sebagai penasihat kepada pihak pengurusan Hospital Sri Aman.
- Unit Pentadbiran merupakan Urus Setia kepada Lembaga Pelawat.
- Mesyuarat Lembaga Pelawat hendaklah berdasarkan kepada garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Peranan Lembaga Pelawat
Penghubung Antara Hospital dan Komuniti
- Merupakan penghubung antara hospital dan komuniti serta bertujuan mengeratkan hubungan di antara mereka.
- Menjelaskan tentang kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh pihak hospital kepada orang ramai.
- Memberi penerangan yang jelas berkaitan dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak hospital dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai.
Lawatan di Hospital
- Bertujuan untuk mendapat maklumat mengenai perkhidmatan yang diberikan di hospital.
- Mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh hospital berkaitan perkhidmatan yang disediakan kepada pesakit dan waris.
- Mengetahui masalah yang dihadapi oleh pesakit dan waris berkaitan dengan perkhidmatan hospital dan kebajikan yang boleh dilaksanakan untuk membantu mereka.
- Menyediakan laporan mengenai lawatan selepas setiap lawatan dijalankan untuk dibincangkan di dalam mesyuarat.
Perkhidmatan Kebajikan Kepada Pesakit dan Hospital
- Memberi perkhidmatan kebajikan kepada pesakit dan hospital dengan mengumpul buku – buku dan majalah untuk bacaan pesakit miskin serta barang-barang permainan untuk kanak–kanak.
- Pemberian sumbangan secara peribadi atau mendapatkan bantuan kewangan misalnya untuk membaiki surau, menyediakan tempat rehat pesakit, seni taman dan sebagainya.
Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Hospital
- Menglibatkan diri dalam aktiviti–aktiviti hospital dengan komuniti misalnya Kempen Menderma Darah, Kempen Anti Merokok dan sebagainya.
- Mengatur program–program berkaitan untuk membantu hospital menjayakan program–program yang membina.