WAD KENANGA

Wad Kenanga atau dikenali sebagai Wad Bersalin ditempatkan di tingkat dua bersebelahan dengan Wad Melor 1. Pelanggan Wad Kenanga merangkumi kes Antenatal, Pengendalian kes Bersalin (Labour Wad), Postnatal dan Nurseri(bayi). Wad ini juga memberi perkhidmatan pemeriksaan dengan kaedah Ultrasound dan CTG untuk pelanggan pesakit luar kawasan seperti PKSA,KKIA, KD dan Hospital Betong.  Wad ini mempunyai 16 katil dan 3 buah katil di bilik Bersalin (Delivery Bed) oleh kerana penjagaan bayi (Nurseri) tidak dibekalkan dengan kot rasmi, beban kerja dikira bawah jagaan Wad Kanak-Kanak (Melor 3).  Wad ini merupakan penempatan latihan amali untuk pelatih Jururawat Masyarakat semester 1 & 11 dalam perawatan kebidanan, Pelatih Pembantu Pegawai Perubatan menempatkan latihan amali untuk membantu perawatan kesihatan Tahap 1 & 11 dalam bidang Perawatan.