WAD MELOR 4

Wad Bunga Melor 4 mempunyai katil 14 dimana 7 buah katil untuk pesakit lelaki dan 7 katil lagi untuk pesakit perempuan. Wad ini juga dilengkapi 2 buah bilik pengasingan.  Kebanyakan pesakit yang dimasukkan adalah kes kemasukan semula. Tugas lawatan ke rumah (community care service) bermula pada awal Januari 2011. Pencapaian tidak sepenuhnya kerana masalah pengangkutan. wad ini tidak mempunyai pengangkutan sendiri untuk kegunaan aktiviti lawatan ke rumah. Buat masa sekarang, pengangkutan gunasama dengan unit-unit lain. 

FUNGSI UTAMA

 

  • Memberi rawatan kepada pesakit dalam.
  • Menjalankan aktiviti psikiatri komuniti.
  • Membuat penilaian / perawatan kejururawatan keatas pesakit dalam. Pesakit yang dirujuk dari wad lain atau dari poliklinik.
  • Memberi kaunseling kepada pesakit.
  • Memberi nasihat, taklimat mengenai kesihatan dan rawatan susulan kepada pesakit serta keluarga.
  • Merujuk pesakit kepada Pakar Psikiatri jika perlu.
  • Membuat lawatan ke rumah berjadual.
  • Ko-Ordinator untuk National Mental Health Registry, memberi data dan Out-Come study untuk pesakit baru Schizophrenia.
  • Membantu menjalankan Klinik Pakar semasa lawatan bulanan untuk pesakit luar dan dalam.
  • Ko-Ordinator untuk Orang Upaya (Registry)