WAD MELOR 2

Wad Melor 2 dibahagikan kepada 3 disiplin iaitu Sakit Puan(Ginekologi), Perubatan dan Pembedahan. Wad ini mempunyai 20 buah katil rasmi, dimana 5 katil untuk kes Sakit Puan, 10 katil untuk kes Perubatan dan 5 katil untuk kes Pembedahan.

FUNGSI UTAMA

  • Khusus kepada pesakit dalam yang dimasukkan ke wad untuk mendapat rawatan lanjut yang diperlukan dan bersesuaian sehingga keadaan pesakit pulih dan stabil.