UNIT REHABILITASI

Jabatan Rehabilitasi terbahagi kepada 2 unit iaitu Unit Terapi CaraKerja dan Unit Fisioterapi.

Unit Terapi CaraKerja

Unit Terapi Carakerja terletak bersebelahan dengan Unit Fisioterapi. Unit ini telah beroperasi selama 8 tahun di Hospital Sri Aman.

FUNGSI UTAMA

 

  • Memberikan rawatan terapi carakerja dan pemulihan kepada pesakit-pesakit yang dirujuk oleh pakar perubatan, pegawai perubatandan lain-lain professional. Ia terdiri daripada dalam (wad) dan pesakit luar (poliklinik Sri Aman, Klinik Pakar Sri Aman dan lain-lain hospital kerajaan (termasuk pesakit di CBR dan PDK).
  • CBR adalah program rehabilitasi bersama dengan kanak-kanak yang dirujuk dari Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-Kanak Sri Aman.
  • PDK adalah program rehabilitasi dan pemulihan bersama kanak-kanak yang mendapatkan pemulihan di PDK Sri Aman.
  • Kebanyakan jenis-jenis dan disiplin pesakit yang telah diterima dan dipulihkan adalah:
  • Perubatan am(medikal).
  • Perubatan pediatrik.
  • Hematologi.
  • Reumatologi.
  • Psikiatrik.
  • Pembedahan am.
  • Pembedahan Neuro.
  • Pembedahan tangan dan mikro.
  • Pembedahan pediatrik.
  • Ortopedik
  • Neorologi.

OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan pemulihan yang bersesuaian  dan meningkatkan kesedaran di kalangan pesakit mengenai kepentingan penjagaan kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih baik.

 

UNIT FISIOTERAPI

Perkhidmatan Fisioterapi merupakan perkhidmatan sokongan yang menyediakan perkhidmatan pemulihan atau rehabilitasi secara fizikal (fisioterapeutik) kepada para pelanggan atau pesakit. Mula ditubuhkan dan beroperasi pada awal tahun 1980-an.

OBJEKTIF

  • Memberi kemudahan perkhidmatan fisioterapi kepada pelanggan khususnya kepada masyarakat bahagian Sri Aman serta kawasan sekitarnya untuk mengurangkan kos rawatan dan menjimatkan masa pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan fisioterapi agar mereka dapat mencapai tahap kesihatan dan keupayaan optimum.