UNIT HEMODIALISIS

Perkhidmatan rawatan hemodialisis merupakan unit rawatan harian (Day Care Centre) yang merawat pesakit “End Stage Renal Disease” melalui dialisis secara rutin. Perkhidmatan rawatan hemodialisis telah berkembang dengan pesatnya dari tahun ketahun. Setiap tahun bilangan pesakit “ESRD” sentiasa bertambah. Unit ini mempunyai “11 water point” dan 11 mesin hemodialisis iaitu 9 unit untuk patient negative, 1 unit untuk Hep B dan 1 unit dikhaskan untuk “backup.  Disamping itu, unit ini juga mempunyai tenaga kerja yang mencukupi.

OBJEKTIF

 

  • Menyediakan rawatan hemodialisis 3 kali seminggu untuk pesakit End Stage Renal Disease.
  • Menyediakan perkhidmatan dialysis yang berterusan supaya pesakit dapat menjalani kehidupan yang lebih berkualiti dan mengurangkan risiko kemasukan ke hospital.
  • Menyediakan latihan kepada pesakit yang baru berkenaan dengan rawatan dialysis.
  • Memastikan semua pesakit menjalani pemeriksaan klinik Nephrologi sekurang-kurangnya setiap 3-4 bulan.