UNIT PENGIMEJAN

Unit Pengimejan Diagnostik, Hospital Sri Aman ini merupakan bilik X-ray tunggal yang dilengkapi dengan satu unit static 800mA mesin X-ray Shimadzu pautan siling yang lengkap dengan kawalan faktor dedahan automatik.

FUNGSI UTAMA

Menyediakan perkhidmatan X-ray Konvensional dan berkontras seperti I.V.U kepada pesakit dalam dan pesakit luar. Juga menyediakan perkhidmatan X-ray selepas waktu pejabat dimana seorang juru X-ray bersama juruproses filem akan menjalankan tugas atas panggilan untuk kes-kes kecemasan.