Peranan utama Unit Perkhidmatan Farmasi ialah memberikan perkhidmatan bekalan ubat-ubatan kepada pesakit dan bekalan ubat-ubatan serta bukan ubat-ubatan kepada pengguna / wad Hospital Sri Aman. Unit Farmasi juga memberikan kaunseling berkenaan dengan ubat-ubatan kepada pesakit dan menyediakan perkhidmatan informasi ubat kepada personal perubatan yang lain dan pesakit disamping membuat pemeriksaan di wad-wad terhadap cara penyimpanan ubat-ubatan di wad dan unit-unit pengguna yang lain.
- Memastikan bekalan ubat-ubatan dan alat perubatan mencukupi dan bermutu tinggi untuk kegunaan pesakit dan semua wad/unit pengguna.
- Memastikan tempat penyimpanan ubat dan alat perubatan mengikut piawaian yang telah ditetapkan dan stok ubat diselenggarakan dengan cekap.
- Memastikan ubat-ubatan digunakan dengan betul dan rasional serta meminimakan pembaziran.
- Mempertingkatkan komplian dan kefahaman pesakit mengenai ubat-ubatan yang diambil melalui kaunseling; bedside counseling dan over the counter counseling.
- Meneruskan pelaksanaan program ‘Quality Assurance’ semua aktiviti farmasi dan memastikan perlaksanaannya berada di tahap yang cemerlang.