UNIT PATOLOGI

Unit Patologi Hospital Sri Aman merupakan khidmat sokongan kepada rawatan pesakit dan memberi perkhidmatan kepada Rawatan Pesakit Dalam, Unit Kecemasan dan Trauma, Poliklinik Sri Aman, Perkhidmatan Perubahan Angkatan Tentera Klinik-Klinik di kawasan Sri Aman dan Program Kesihatan. Unit Patologi Hospital Sri aman dibahagikan kepada unit Haematologi, Mikrobiologi, Parasitologi, Biokimia, Sitologi dan Immunohematologi.  Perkhidmatan yang diberikan adalah menganalisa sampel-sampel yang dijalankan di Unit Patologi ini dan juga menghantar beberapa sampel ke Jabatan Patologi rujukan.

FUNGSI UTAMA

 

  • Memproses sampel yang dihantar dari wad, Unit Kecemasan dan Trauma, Poliklinik Sri Aman, Perkhidmatan Angkatan Tentera, Klinik-Klinik di kawasan bahagian Sri Aman dan Program Kesihatan.
  • Menghantar sampel-sampel yang tidak dapat dijalankan di Unit Patologi ini ke Jabatan Patologi Rujukan seperti Jabatan Patologi Hospital Umum Kuching, Jabatan Kimia Kuching, Institut Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur, Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu, UNIMAS Kuching dan MKAK Sungai Buloh, Selangor.
  • Memastikan kualiti kerja ditahap yang baik dengan menyertai Kualiti Program seperti EQAS bagi biokimia, NEQABB dari Pusat Darah Negara dan Mikrobiologi dan Institut Penyelidikan Kuala Lumpur.
  • Menyediakan Bekalan Darah yang mencukupi dan selamat dengan membuat kempen derma darah berkumpulan yang terancang dan berterusan.
  • Memastikan pegawai membuat kerja dengan menggunakan peralatan keselamatan yang betul.
  • beroperasi 24 jam apabila diperlukan.