UNIT OPTOMETRI

PERKHIDMATAN

 

KLINIK MATA PREMIER

  • Memberikan perkhidmatan pemeriksaan mata primer kepada pesakit seperti konjuktivitis, kecederaan mata yang tidak serius, mata kering dan sebagainya.
  • Menjalankan pemeriksaan kepada kanak-kanak sekolah yang dirujuk oleh anggota perkhidmatan kesihatan sekolah (school health service).
  • Melakukan pemeriksaan refraksi kepada pesakit yang mempunyai ralat refraksi.
  • Menjalankan pemeriksaan saringan funduskopi untuk pesakit diabetis yang dirujuk oleh Klinik diabetik.
  • Menjalankan pemeriksaan bagi kes-kes yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan dari Sri Aman dan Betong.
  • Merujuk pesakit terus ke Klinik Pakar Mata Hospital Umum Sarawak sekiranya memerlukan rawatan segera dari pakar.
  • Merujuk pesakit melalui temujanji ketika lawatan pakar oftalmologi setiap bulan sekiranya tidak memerlukan rawatna segera.

KLINIK KATA SENTUH

  • Menjalankan pemeriksaan kanta sentuh bagi pesakit yang memerlukan kanta sentuh khas seperti bagi kes albinisme, keratokonus, kawalan myopia dan sebagainya.
  • Memberikan preskripsi kanta sentuh berdasarkan kesesuaian dan keperluan pesakit.
  • Menjalankan pemeriksaan ulangan atau tahunan bagi pemakai kanta sentuh biasa.         

KLINIK PENGLIHATAN BINOKULAR

  • Menjalankan pemeriksaan bagi pesakit yang menghadapi masalah fungsi 2 mata seperti menumpu (convergence), penglihatan berganda (diplopia), mata malas (ambliopia) dan sebagainya.
  • Memberikan rawatan berdasarkan diagnosis pesakit samaada secara latihan ortoptik, preskripsi cermin mata prisma atau dirujuk untuk pembedahan. 

KLINIK PENGLIHATAN TERHAD (LOW VERSION)

  • Menjalankan pemeriksaan bagi pesakit penglihatan terhad yang tidak boleh dipulihkan atau dirawat lagi yang dirujuk oleh pakar oftalmologi.
  • Memberikan preskripsi alat bantuan penglihatan optikal dan bukan optikal.
  • Merujuk pesakit untuk mendapatkan bantuan kebajikan kepada pihak-pihak tertentu atau penempatan khas bagi pelajar sekolah.

KLINIK OPTOMETRI PEDIATRIK

  • Menjalankan pemeriksaan visual khas untuk pesakit pediatrik yang mempunyai masalah seperti Sindrom Down, masalah pembelajaran seperti dyslexia, ADHD untuk mengenalpasti kaitan masalah tersebut dengan masalah fungsi visual
  • Merawat pesakit berdasarkan masalah yang dikenalpasti seperti preskripsi alat bantu penglihatan dan terapi visual.

TUGAS-TUGAS LAIN

  • Menjalankan pemeriksaan Pra-pembedahan kepada pesakit yang mempunyai masalah katarak seperti pemeriksaan refraksi, pengukuran kelengkungan kornea dan A-Scan.
  • Membantu pasukan dari Klinik Pakar Mata Hospital Umum Sarawak menjalankan pemeriksaan saringan dan pra-pembedahan di bahagian-bahagian lain semasa kempen katarak dan program-program anjuran NGO.
  • Terlibat memberi ceramah dalam program-program anjuran Hospital Sri Aman dan Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman.