UNIT DIETETIK & SAJIAN

Unit Dietetik dan Sajian, Hospital Sri Aman menyediakan perkhidmatan dietetik dan sajian. Perkhidmatan dietetik bertanggungjawab menyediakan medical nutrition therapy dan kaunseling pemakanan klinikal kepada pesakit dalam dan pesakit luar untuk meningkatkan status pemakanan pesakit. Perkhidmatan sajian pula menyediakan makanan normal atau teraputik kepada pesakit dalam, doktor yang bertugas atas panggilan, bekalan catuan malam untuk staf yang layak dan kakitangan di bilik pembedahan yang layak.

VISI

 

  • Unit Dietetik dan Sajian akan menjadi pusat kecemerlangan dalam perkhidmatan penyediaan makanan, klinikal dietetik dan aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti perkhidmatan secara profesional yang mengutamakan pelanggan.

MISI

 

  • Unit Dietetik dan Sajian berusaha untuk menyediakan perkhidmatan dietetik dan sajian yang tepat, cekap dan berkualiti dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi terkini.
  • Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa.