UNIT KEJURUTERAAN

Unit Kejuruteraan diwujudkan di Hospital Sri Aman pada Julai 2011 dengan hanya seorang kakitangan iaitu Penolong Jurutera (AWAM) J2-1. Unit Kejuruteraan merupakan sub-aktiviti dalam aktiviti Pengurusan Hospital. Unit ini diwujudkan untuk memantau kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak FABER Sdn.Bhd dalam 5 perkhidmatan yang diberikan iaitu clinical waste (CWMS), cleaning and cleasing (CLS), linen laundry (LLS), facility engineering maintanance(FEMS) dan bio-medical engineering (BEMS). Selain itu, unit kejuruteraan juga bertanggungjawab dalam menguruskan kerja-kerja menaiktaraf dan kerja-kerja kecil yang berada didalam kawasan Hospital. Ini adalah untuk memastikan khidmat sokongan Hospital di Hospital Sri Aman dapat mencapai tahap yang memuaskan.

OBJEKTIF

 

  • Menyediakan persekitaran yang kondusif kepada pesakit serta mempercepatkan proses pemulihan menerusi rawatan dan proses kejururawatan yang diselia.
  • Menyediakan aktiviti sokongan yang sistematik dan teratur dengan mengalakkan sikap penyayang terhadap pesakit, saudara mara dan pelanggan.      
  • Menyedia dan memantau perlaksanaan program perkhidmatan sokongan hospital secara menyeluruh.
  • Untuk melindungi kepentingan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengguna-pengguna hospital dengan memastikan keperluan di dalam perjanjian konsesi dipenuhi.
  • Bagi memastikan perkhidmatan sokongan hospital diberikan secara selamat, cekap dan berkesan.

FUNGSI UTAMA

 

Menilai keberkesanan perlaksanaan secara menyeluruh Penswastaan Perkhidmatan sokongan Hospital dalam mematuhi perjanjian konsesi/kontrak bagi kelima-lima perkhidmatan berikut:

  • Perkhidmatan Penyenggaraan Kejuruteraan Fasiliti (FEMS)
  • Perkhidmatan Penyenggaraan Kejuruteraan Biomedikal (BEMS)
  • Perkhidmatan Pengurusan Sisa Klinikal (CWMS)
  • Perkhidmatan Pembersihan (CLS)
  • Perkhidmatan Linen dan Pendobian (LLS)