UNIT ICT

Unit Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi (ICT) diwujudkan di Hospital Sri Aman pada Oktober 2009 dengan hanya seorang Kakitangan iaitu Pegawai Teknologi Maklumat. Unit IT merupakan sub-aktiviti dalam Aktiviti Pengurusan Hospital. Unit ini diwujudkan untuk menjalankan kajian, penyelidikan, pengurusan dan pemantauan projek serta latihan dalam aspek yang melibatkan bidang ICT yang terkini. Ini adalah untuk menyokong perkhidmatan penyampaian ICT yang digunakan di Hospital Sri Aman agar dapat mencapai tahap yang memuaskan.

OBJEKTIF

 

  • Menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat kepada hospital terutamanya dalam bidang pengkomputeran bagi mencapai visi dan misinya agar menjadi pusat perkhidmatan perubatan yang lebih cekap dan berkesan.
  • Mengalakkan budaya penggunaan komputer di kalangan pegawai dan kakitangan untuk meningkatkan keberkesanan, kualiti dan produktiviti dalam pengurusan.

FUNGSI UTAMA

 

Bidang tugas yang diwujudkan dalam Unit Teknologi Maklumat adalah seperti berikut :

1.Pengurusan Infrastruktur Rangkaian

  • Mengurus penyelengaraan rangkaian

2.Pengurusan Peralatan ICT

  • Mengurus penyelengaraan peralatan ICT3

3.Pengurusan Sistem dan Aplikasi ICT

  • Mengurus penyelengaraan sistem dan aplikasi ICT
  • Mengurus permohonan ID untuk sistem dan aplikasi ICT
  • Mengurus laman web jabatan
  • Mengurus email 1govuc

4.Pengurusan dan Penyeliaan Projek ICT

  • Mengurus dan menyelia projek yang dikendalikan oleh kementerian dan agensi-agensi luar

5.Mengurus latihan ICT

  • Mengurus latihan berkenaan sistem, aplikasi, perisisan, dan peralatan berkaitan ICT

6.Pengurusan Dokumen ICT

  • Mengurus semua dokumen ICT

7.Mengurus kewangan ICT

8.Mengurus, menyelia, dan melaksana program pembangunan ICT

9.Mengurus dan menyelia semua perbelanjaan ICT

10.Urusetia teknikal ICT

11.Mengurus penyediaan spesifikasi teknikal ICT