UNIT PENTADBIRAN

Pengurusan hospital diketuai oleh Pegawai Perubatan UD54 yang bertindak sebagai pengarah hospital dan pemegang waran.

Seksyen Pentadiran dibahagikan kepada unit-unit berikut:

  • Unit Sumber Manusia
  • Unit Kewangan / Akaun
  • Unit Hasil
  • Unit Khidmat Pelanggan

FUNGSI UTAMA

 

1. Pendaftaran

  • Fail memfail
  • Surat menyurat
  • Fotostat
  • Percetakan
  • Panggilan telefon / menyambut tetamu
  • Buku perkhidmatan pegawai

2. Perkhidmatan

  • Urusan perlantikan, pengesahan dalam jawatan , kemasukan taraf berpencen dan persaraan.
  • Urusan penaggungan kerja, memangku dan kenaikan pangkat.
  • Urusan pelbagai cuti-cuti rehat tahunan, cuti bergaji penuh, cuti bergaji separuh, cuti tanpa gaji, cuti bersalin dll.
  • Memproses perakuan Pingat Perkhidmatan Setia dan lain-lain anugerah kebesaran negeri.
  • Mengurus penjawatan
  • Peperiksaan Perkhidmatan / PTK.
  • Pertukaran keluar dan masuk pegawai.

3. Kewangan

  • Menyelaras anggaran belanjawan dan mengawal peruntukan.
  • Menyelenggarakan buku vot berkomputer.
  • Menyelenggarakan harta modal dan iventori.
  • Menguruskan urusan pelupusan.
  • Urusan sebutharga / tender / pembelian terus.
  • Memberi nasihat atas prosedur serta aspek-aspek kewangan.
  • Memproses dokumen untuk sewa rumah yang disewa oleh kerajaan.
  • Pelbagai urusan telekomunikasi.

4. Akaun

  • Memproses pembayaran gaji pegawai.
  • Memproses bayaran perkhidmatan dan bekalan.
  • Memproses bayaran pelbagai tuntutan elaun.
  • Mengeluarkan pasanan kerajaan / waran perjalanan udara / inden minyak.
  • Memproses kemudahan tambang percuma.
  • Memproses pelbagai pinjaman.
  • Memproses potongan caruman KWSP dan pelbagai potongan. Segala urusan telah dilakukan secara elektronik melalui eSPKB mulai bulan Ogos 2004.

5. Hasil

  • Mendaftar kemasukan pesakit.
  • Membuat kutipan hasil untuk pesakit dalam dan unit kecemasan.
  • Proses pengeluaran bil kepada pesakit telah dibuat secara elektronik dengan penggunaan e-Terimaan mulai bulan November 2008.